20220513

 Apabila hasil karya anda diterima dan terpilih, secara automatik anda telah berdaftar menjadi sebahagian pasukan kreatif Majalah Etudea. Umumnya, yang patut anda ketahui, Majalah Etudea adalah sebuah platform khas buat para artis yang terpilih di mana mereka ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang membuat kami memilih menjadi ahli pasukan untuk mewarnai majalah ini.

A. Konsep Majalah Etudea :

"Inspirasi sesama ahli demi mencapai kejayaan bersama."

B. Objektif Majalah

Untuk melahirkan generasi artis yang berbudaya dan tidak melupakan seni warisan Malaysia menggunakan medium penulisan kreatif, seni visual kartun dan komik.

B.1 - Misi

✅ Mendidik masyarakat untuk kembali bangga kepada seni yang dibina oleh anak Malaysia.

✅ Memberi aspirasi dan inspirasi dalam bentuk seni baru supaya menjadi trendsetting.

✅ Memberi peluang pengkarya bertapak dan menyebarluaskan ilham dalam bentuk produk-produk lain selain komik supaya lebih berdaya saing.

B.2 - Visi

Menjadi organisasi yang pertama dalam bidang penerbitan karya kartun dan komik serta penulisan yang mempromosikan khazanah seni warisan Malaysia di dalam persembahan karya artis dan membudayakan seni Malaysia dalam bentuk yang lebih moden dan terkini menjelang 2025.

C. Ciri-ciri ahli Majalah Etudea antaranya ialah :

1. Artis yang mempunyai "Multi-Skill" dan "Ingin Berjaya".

2. Mempunyai ciri-ciri keusahawanan dalam diri masing-masing atau sudah pernah berurusan mengambil servis melukis, menulis dan lain-lain yang mendatangkan wang.

3. Mahu menjadi yang terbaik bersama-sama rakan pasukan dan menonjol dalam persembahan karya.

4. Mempunyai semangat rakan sepasukan sesama ahli dan paling penting inspired setiap ahli pasukan untuk sama-sama naik dan berjaya.

5. Masing-masing tahu kepakaran masing-masing menggunakan kelebihan tersebut untuk sama-sama majukan platform Majalah Etudea di mana yang mempunyai like atau supporter yang ramai, akan menarik supporter mereka ke dalam platform. Yang mana mempunyai pembeli, akan membeli. Yang mana pandai marketing dan iklan akan menaikkan sesama ahli. Masing-masing mempunyai kelebihan untuk saling bantu membantu.

6. Setiap artis yang mempunyai pengalaman akan memberi dorongan dan semangat kepada pelapis yang baharu.

7. Setiap ahli, anda mewakili entiti syarikat atau perniagaan anda dengan membawa IP karya anda sendiri ke peringkat sehingga berkebolehan mengeluarkan produk sendiri.

D.1. Manfaat ke atas individu yang bergelar artis yang berjaya menjadi ahli.

1. Karya anda dibayar secara langsam per sekeping, sebulan selepas jualan berlaku.

2. Berpeluang meletakkan produk kartun sendiri di tapak event Majalah Etudea secara percuma tanpa perlu membayar sewa tapak. Kami payung tapak.

3. Boleh mendapat duit tambahan dengan meminta kepada kami untuk menjadi Ejen atau Dropship dengan tawaran persen yang insha Allah lumayan.

4.  Hak cipta karya lukisan artis adalah 100% hak milik artis dan anda perlu menjaga karya dan karekter lukisan anda dengan baik.

5. Ruangan Tentang Artis di laman sesawang www.majalahetudea.com adalah salah satu ruang di mana untuk menarik minat bakal pelanggan yang cenderung untuk mengambil khidmat servis melukis atau penulisan daripada artis.

D.1 - Bayaran Karya.

1. Karya anda dibayar saguhati secara langsam untuk setiap satu isu. (Bukan royalti)

2. Harga bayaran dikategorikan mengikut LEVEL ARTIS.

3. Bayaran akan dibuat selepas sebulan berlakunya jualan setiap buku.

4. Setiap bayaran saguhati adalah muktamad dan kami sediakan banyak manfaat lain dimana akan membantu artis untuk menjana pendapatan tambahan.

5. Bayaran Royalti 6 bulan sekali setelah tamat kontrak JIKA artis memilih untuk jadikan karyanya sebagai KOMPILASI.

6. Bayaran Royalti Jualan Hasil Produk.

D.2 - Manfaat Ruangan Tentang Artis di laman www.majalahetudea.com .

1. Pembaca akan melihat semua karyawan di dalam Majalah Etudea sebagai usahawan.

2. Menaikkan karisma dan branding artist.

3. Jika ada vendor berminat untuk kartun anda dijadikan tatahias iklan mereka, ini adalah satu manfaat untuk anda sebagai seorang artis.

4. Team Etudea akan dorongkan vendor-vendor atau entiti syarikat atau perniagaan yang mempunyai keewangan untuk masuk ke dalam website  ini dan mereka akan diletakkan di ruang VENDOR SHOWROOM yang sedang kami usahakan.

5. Artist tidak perlu melakukan marketing, sebaliknya pihak kami yang akan membuka jalan-jalan rezeki para artis.

6. Jangka hayat anda berada di dalam ruangan ini adalah mengikut jangka hayat kotrak anda bersama kami.

D.3 - Artis menjadi Ejen / Drobship

1. Karya anda dibayar secara langsam per sekeping, sebulan selepas jualan berlaku.

2. Jika anda melakukan (JUALAN 10%) dan (MARKETING/IKLAN 10%) hasil dari jualan setiap naskah buku, artis akan dapat. Jika anda menjadi DROPSHIP (iaitu hanya mencari pelanggan sahaja.) tanpa artis perlu bersusah payah menguruskan jualan. Pihak kami yang akan menguruskan jualan anda.

3. Artis yang ingin menjadi Ejen pula, mendapat potongan sebanyak 50% dari harga asal buku JIKA artis ingin membeli buku dengan kami. Artis boleh beli minima 5 naskah Majalah dan maksima ikut bilangan pelanggan yang artis sudah kumpul.

D.4 - Kontrak Bersama Kami

D.4.1 - Kategori Kompilasi Komik

1. Adalah dimaklumkan bahawa kontrak artis dengan Majalah Etudea adalah seperti berikut :

  • 32 m/s - RM08.00 | Buku/Komik Kompilasi A5 (Minima Kotrak)
  • 64 m/s - RM16.00 | Buku/Komik Kompilasi A5 (Standard Kontrak)
  • 96 m/s - RM24.00 | Buku/Komik Kompilasi A5 (Maksima Kontrak)
Maklumat Buku / Komik :
Cover                 : 260 GSM
Isi Kandungan  : 80gsm
Saiz Buku          : A5
Jenis                   : Berwarna
Binding              : Stapler
Bilangan Cetak : 1000 Naskah

2. Artis boleh pilih sama ada mahu menggunakan modal sendiri untuk menerbitkan majalah, ataupun kami menerbitkan buku/komik artis.

- Kategori Terbit Sendiri - Artis keluarkan modal sendiri dan mencetak sendiri buku. Untung 100% hak milik artis.

- Kategori Kami Terbitkan - Artis tidak perlu keluarkan modal. Kami keluarkan modal untuk anda hanya goyang kaki menanti royalti 10% setiap 6 bulan sekali bayaran. Jika anda ingin menjana PENDAPATAN TAMBAHAN, sila rujuk pada D.1.3 - Artis menjadi Ejen / Dropship .

3. Setiap kontrak yang dipilih, artis boleh MENUKAR CERITA BARU selepas anda menamatkan kontrak Kompilasi Buku/Komik.

4. Apabila anda memilih untuk kontrak dengan kami, anda perlu mempersembahkan karya anda, dan kami akan memberi konsultansi kepada anda untuk tukar cerita baharu jika cerita anda tidak menepati apa yang kami mahukan, mempunyai unsur plagiat karya artis lain, karekter terlalu sama dengan konsep karekter syarikat orang lain dan karya tidak dapat pergi lebih jauh (tidak ada nilai komersial).

5. Sila rujuk Syarat Karya Anda Diterima untuk ketahui apakah kriteria yang kami inginkan.

D.4.2 - Kategori Freelancer

1. Kategori ini khas untuk artis yang hanya berkarya sekadar untuk menghasilkan karya dan hanya memilih untuk dapatkan BAYARAN LANSAM sahaja dari hasil karya.

2. Tidak terikat dengan kontrak KOMPILASI KOMIK/BUKU.

3. Penghantaran karya had hanya untuk minima 1 muka surat sahaja untuk satu Volume.

4. Tiada manfaat istimewa di dalam Majalah Etudea yang artis akan dapat.

UPDATE 14.5.2022 Sabtu - Nantikan Update seterusnya. Mohon Selalu melihat ruang ini setiap seminggu sekali.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ' - Kartunis Kito - Powered by komikbiz.com - Designed by Kitosia -