- Back to home »
- C.E.O , Kartunis , Pasukan , Pro »
- Mohd Fikri
20220316
Mohd Fikri Bin Azman atau lebih dikenali sebagai Kartunis Ki To Sia yang kini berusia 31 tahun (2024) Dilahirkan pada 29 Januari 1993 di Hospital Alor Setar. Membesar di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Kini bermaustatin di Shah Alam, Selangor ketika 2014 yang lalu sehingga kini 2022. Seorang pelajar SPM 2010 yang lalu dan juga merupakan bekas pelatih GIATMARA di Kota Raja yang mengambil jurusan bidang Multimedia Animasi 3D Level 2.
Beliau telah mula melukis sejak kecil lagi ketika berumur 3 tahun. Seawal usia 7 tahun beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, Kedah Darul Aman dan mula melukis komik dan menjadikan ia sebagai majalah dengan moke up pertamanya ialah Majalah KiTo. Banyak lukisan yang telah dibuang olehnya sendiri akibat mengikut kata-kata sahabatnya yang ketika itu menyatakan bahawa lukisan boleh hidup jika kita tidak pangkah tengkok dia. Akibat termakan daripada kata-kata sahabatnya itu pada darjah 3 itu. Akhirnya banyak lukisan beliau telah dibuang oleh beliau sendiri. Masuk darjah 4, inilah permulaan Majalah Kito moke up pertama di bina bersama-sama rakan sekelasnya dari kiri sahabat karibnya Kamil (Kuro), Fikri ( Kitosia ), Khalis (tak ingat nama samaran), Rashid (Roboforce), Hariz (Nama samaran lupa), dan Amirul (Shark). Ini adalah permulaan kami membina majalah dan menyewakan kepada perlajar lain untuk membacanya semurah RM0.50 sekali baca. Ketika inilah bisnes pertama kami bermula.Majlis Perasmian Pertandingan Melukis Kartun 1 Malaysia.
Ketika di darjah 5, beliau terpaksa berpisah daripada krew kreatifnya kerana mendapat panggilan bertukar ke sekolah baharu buka di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kecil pada 2005 yang lalu. Ketika ini beliau bertemu dengan rakan-rakan baharu yang tidak tidak tahu daripada mana mereka datang. Pada ketika ini, Kitosia memulakan mengumpul pasukan kedua di mana menerbitkan majalah kedua dari sini dengan pasukan yang baharu dan menjual dengan harga yang sama. Kini Majalah tersebut hilang daripada radar dan tidak diketemukan lagi.
Video sekitar Central Market pada 2012 yang lalu.
Pada tahun 2008, beliau telah berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya. Di sinilah permulaan beliau bertemu semula sahabat karibnya Kamil (Kuro). Kembali melukis dan melakukan komik pula. Sahabat karibnya adalah seperti keluarga sejak darjah satu lagi. Beliaulah adalah punca Kitosia mengungkap ketika guru bertanya apakah impian kamu? Dengan beraninya Kito menyebut "Saya mahu menjadi seorang pelukis terkenal yang terbit majalah sendiri."
Ucapan Dato Seri Najib Tentang Kartun Malaysia pada 2012 yang lalu.
Suasana suportif oleh guru-gurunya juga menambahkan lagi ia bersemangat untuk menjadi yang terbaik. Sejak dari sekolah rendah lagi Fikri sudah dikenali dengan nama samaran KiToSia puncanya adalah menerbit majalah Kito yang pertama. KITOSIA nama samaran yang digunakan yakni KITa Orang MalaySIA adalah kombinasi daripada perkataan ini.
Sejarah perjalanan Kitosia selepas tamat SPM.
Ramai orang tanya kenapa memakai nama KITO? Ada sejarah setiap apa yang digunakan iaitu ketika kecil sedang asyik Kito dan adik perempuannya berbalas cakap secara kasar menyebut Aku dan Kau dengan adik beradik. Emaknya di dalam kereta lalu memarahi mereka jangan bahasakan aku dan kau dengan adik dan tidak manis. Ketika itulah lidah beliau kelu dan tidak boleh sebut aku dan kau.
Majalah yang pernah beliau sertai suatu ketika dahulu.
Kitosia dengan falsafah hidupnya, "I will do, What I want to do!" dipegang tetap utuh sehingga hari ini. Apa yang beliau cakap insya Allah akan dia jalankan baik cepat ataupun lambat segalanya dengan izin-Nya. Rahsia untuk berjaya adalah dengan berjalan keluar dan bertemulah dengan ramai manusia untuk kita mencapai redho Allah.