- Back to home »
- C.E.O , Comic Artist , Otai »
- Shamsir Shahar
20220321
Kartunis Syem (Shamsir Shahar) yang berasal dari Taman Melawati, Hulu Kelang ialah seorang pelukis potret, pelakon suara kartun untuk Disney Plus (M) dan pernah menjadi peserta realiti tv Raja Lawak Astro. Beliau aktif menyertai pameran di pelbagai negara antarabangsa sejak zaman sekolah lagi iaitu di ISKL (Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur) sehingga kini.
Antara negara yang beliau pernah membuat pameran lukisan adalah seperti di Jepun, Bangkok, Manila, Singapura dan Taipei. Sebelum berlakunya pandemik global, beliau sempat membuat pameran lukisan dan karikatur di negara Macao yang diuruskan oleh LADA (Langkawi Development Authority) untuk acara (Pacific Asia Travel Association)
Sebelum menjadi pelukis illustrator sepenuh masa, beliau adalah seorang web animator, programmer dan pereka grafik. Minat beliau yang mendalam dalam bidang seni lakon suara dan melukis menyebabkan beliau tekad untuk berhenti bekerja dan beri tumpuan serius pada bidang yang diminatinya secara sepenuh masa.
Selain melukis, di waktu yang sama beliau juga berjaya menceburi kerjaya idamanya iaitu menjadi seorang pelakon suara Donald Duck & Goofy versi Bahasa Malaysia untuk Disney Channel Malaysia Astro selepas seorang penerbit realiti tv memperkenalkannya kepada syarikat bernama Universal Icon Sdn Bhd & SDI Media (M). Penglibatan beliau membuat suara kartun ini masih aktif sejak tahun 2009 sehingga kini.
Syem juga terkenal sebagai seorang pelukis karikatur dan beliau menggunakan bakat mimik suaranya untuk menghiburkan pelanggannya semasa melukis ketika membuat pameran atau acara. Tahun 2014 adalah tahun dimana beliau menerima anugerah tertinggi yang paling banyak. Beliau menerima anugerah Malaysia Book of Records 2014 untuk anugerah 'Most Number of Cartoon Characters Voice Mimics' yang diiktiraf oleh pengasas terhormat Tan Sri Datuk Danny Ooi.
Mendapat jemputan dari YPBN (Yayasan Pembangunan Buku Negara) untuk membuat persembahan suara kartun di hadapan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2014. Pada tahun yang sama beliau juga di jemput oleh Panorama Langkawi Sdn Bhd untuk membuat persembahan lukisan dan suara kartun di hadapan Yang di-Pertuan Agong iaitu Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Taman Rekreasi Cable Car Langkawi.
Terkini beliau aktif melukis untuk komik digital Traxx FM terbitan RTM bersama kartunis Ramzahurin untuk siri bernama Captain Zeal. Manakala komik yang bernama Bijambo pula adalah komik ciptaan beliau sendiri dan bakal diterbitkan di dalam majalah 'Etudea' milik KomikBiz Studio yang diketuai oleh Mohd Fikri bin Azman.
Banyak karya beliau telah digunakan untuk program televisyen, buku sekolah dan majalah. Selain bahasa Melayu & Inggeris, pemegang Diploma Seni dan Grafik dari Kolej Mensa ini juga fasih berbicara dalam Bahasa Perancis.