20220321

     Kartunis Na Na atau nama sebenar mengikut kad pengenalannya iaitu Farah Farhana Binti Ahmad Nahar telah dilahirkan pada 3 Disember tahun 1993 di Hospital Besar Negeri Sembilan, Malaysia. Dibesarkan bersama abangnya oleh kedua-dua ibu bapanya di Taman Seremban Jaya, Seremban. Sejak beliau kecil lagi, ayahnya yang merupakan orang industri dalam bidang fine art dan juga merupakan bekas seorang designer sangat mengalakkan beliau untuk melukis dan ibunya selalu membelikan bahan majalah Apo, Ujang, dan Kreko sebagai bahan bacaan santai dan juga rujukan melukis untuk beliau.
     Oleh kerana beliau suka akan dua konsep lukisan kartun Malaysia dan manga, maka beliau menggabungkan kedua-dua jenis konsep tersebut menjadi satu. Nana telah menjadikan melukis kartun dan komik sebagai satu cara untuk bercerita dan menghargai detik-detik indah yang ada pada sekelilingnya. Beliau merupakan lepasan diploma dalam bidang grafik design di PTPL, Seremban, degree dalam bidang grafik design di MSU, Shah Alam dan bekas pelatih di GIATMARA Kota Raja.
     Beliau juga pernah berpengalaman menjadi seorang layout artist dan animator hampir 2 tahun di Inspidea. Sepanjang bergelar pelajar, beliau aktif dalam membuat kerja-kerja freelance, seperti photographie, designer event, potret, khat, painting dan shoes custome. Beliau juga selalu dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bengkel yang diadakan di sekolah-sekolah. Beliau juga telah wujudkan produk coklatnya sendiri ketika masih bergelar pelajar universiti dan mempunyai pengalaman dalam menguruskan agent.

     Selepas kahwin pada 18 Januari 2019, beliau mula bergiat aktif dalam industri semula. Beliau menceburi dunia karikatur dan mula belajar dengan serius tentang ilmu pembikinan komik melalui kartunis-kartunis otai seperti Kartunis Tazidi. Sekarang beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran animasi 3d di Giatmara Kota Raja.

     Pada awal tahun 2020 beliau mula berkolaborasi dengan syarikat Komik Biz. Tugas beliau ialah menurunkan ilmu-ilmu industri dan bisnes selain mengajar pelajar-pelajar praktikal dan pelapis baru. Beliau juga merupakan seorang yang suka belajar dengan ilmu baru, mempraktikkannya hingga mahir dan seorang yang berani mencuba dan serius dengan kerja.

Prinsip hidup beliau ialah, lebih banyak skill yang dipelajari dan dikuasai, lebih mudah untuk melangsungkan hidup. Insyaallah

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ' - Kartunis Kito - Powered by komikbiz.com - Designed by Kitosia -